Dihasilkan untuk memberikan kestablian pengoksidaan dan penghabaan yang berupaya untuk mengurangkan penglikatan minyak pada suhu tinggi, kawalan deposit yang tinggi serta mengurangkan penghausan enjin. Alami prestasi tinggi dengan pengurangan deposit piston, pengawalan kerosakan dicetuskan jelaga, penghakisan, pembusaan dan kestabilan pengoksidaan dengan minyak pelincir kami.
-
Produk Kami
Minyak Enjin Kereta Penumpang
Produk yang ditawarkan:

NOTES:
NCVSB hanya menggunakan minyak asas asli dan bahan tambahan terbaik bagi mengekalkan standard dan kualiti tinggi kami.
Minyak Enjin Diesel ‘Heavy Duty’
Alami prestasi tinggi dengan pengurangan deposit piston, pengawalan kerosakan dicetuskan jelaga, penghakisan, pembusaan dan kestabilan pengoksidaan. Minyak enjin ini juga memberikan daya ketahanan tinggi terhadap kerosakan gerek, perlindungan daripada kehausan serta memastikan kebersihan enjin pada saliran berselang.
Produk yang ditawarkan:

NOTES:
NCVSB hanya menggunakan minyak asas asli dan bahan tambahan terbaik bagi mengekalkan standard dan kualiti tinggi kami.
Minyak Enjin Marin
Diformulakan untuk enjin diesel atau bahan api bunker, Minyak Enjin Marin kami dihasilkan bagi kegunaan minyak enjin diesel marin, minyak enjin silinder marin, minyak sistem marin dan minyak enjin omboh.
Cegah deposit karbon dan kekalkan kebersihan komponen berpelincir bagi memastikan ketahanan serta keboleh upayaan enjin marin dengan minyak enjin ini. Ciri anti-oksidaan minyak ini juga membantu mencegah proses hakisan dan karat untuk mengekalkan prestasi terbaik.
Produk yang ditawarkan:

NOTES:
NCVSB hanya menggunakan minyak asas asli dan bahan tambahan terbaik bagi mengekalkan standard dan kualiti tinggi kami.
Minyak Motorsikal – 2 Lejang & 4 Lejang
Dihasilkan bagi kegunaan pelbagai motorsikal 4T, 2T serta skuter, minyak motorsikal kami sesuai untuk semua jenis enjin.
Alami prestasi tinggi dengan pengurangan deposit piston, pengawalan kerosakan dicetuskan jelaga, penghakisan, pembusaan dan kestabilan pengoksidaan.
Produk yang ditawarkan:

NOTES:
NCVSB hanya menggunakan minyak asas asli dan bahan tambahan terbaik bagi mengekalkan standard dan kualiti tinggi kami.
Minyak Pelincir Industri
Tingkatkan prestasi, kecekapan dan operasi peralatan seterusnya kurangkan dan cegah kerosakan mesin anda dengan pelbagai jenis minyak pelincir industri keluaran NCVSB.
Dihasilkan khas untuk melindungi mesin dari karat, hakisan serta penghasilan deposit, Minyak Pelincir Industri kami juga bercirikan anti-pengoksidaan untuk mengurangkan penghasilan minyak kotor serta varnis. Di samping itu, minyak ini juga mempunyai ciri pengasingan air bagi mengurangkan penghasilan emulsi serta busa yang boleh menjejaskan tahap kelinciran enjin.
Produk yang ditawarkan:

NOTES:
NCVSB hanya menggunakan minyak asas asli dan bahan tambahan terbaik bagi mengekalkan standard dan kualiti tinggi kami.
Minyak Gear Manual/ Cecair Transmisi
Automatik/ Minyak Cucian (Flush) Enjin
NCVSB juga menyediakan pelbagai jenis minyak gear manual, cecair transmisi automatik (ATF) dan minyak cucian (flush) enjin bagi kegunaan berbagai jenis mesin dan peralatan.
Minyak Gear Manual kami diformulakan khas dari parafin serta bahan tambahan bersesuaian dapat membantu memastikan perlindungan gear serta menambah jangka hayat minyak pelincir. Minyak ini disarankan untuk kegunaan kebanyakan bevel berpilin dan hipoid, pembahagi kuasa serta bearing gandar stereng berpelincir
Cecair Transmisi Automatik kami dihasilkan melaluin gabungan cecair transmisi kuasa pelbagai guna dengan teknologi terkini. Minyak ini sesuai bagi kegunaan pelbagai transmisi OEM Amerika Utara, Asia serta Eropah. Dihasilkan dengan stok asas premium serta bahan tambahan yang dibuat khas untuk memberi kestabilan haba serta pengoksidaan, kawalan geseran, hakisan dan pelindungan penghausan enjin.
Cegah penghasilan bendasing di dalam enjin dengan Minyak Cucian (Flush) Enjin kami yang berupaya menyingkirkan semua jenis kotoran, deposit dan bahan yang mampu menjejaskan prestasi enjin anda.
Produk yang ditawarkan:

NOTES:
NCVSB hanya menggunakan minyak asas asli dan bahan tambahan terbaik bagi mengekalkan standard dan kualiti tinggi kami.

