TENTANG KAMI

NanoC Ventures Sdn. Bhd. (NCVSB) yang ditubuhkan pada tahun 2006 merupakan syarikat yang mempunyai kepakaran dalam pembuatan dan pembekalan minyak pelincir – khususnya untuk kenderaan penumpang dan kenderaan komersil berat dan ringan.

Produk kami dihasilkan khas melalui pemilihan stok asas berkualiti tinggi bersama bahan tambahan berprestasi tinggi bagi menepati piawaian universal; antaranya, Institut Petroleum Amerika (API) dan Pengilang Peralatan Asli (OEM).

Selain produk eksklusif keluaran kami, NCVSB menawarkan perkhidmatan tambahan seperti pengadunan stok asas dan bahan tambahan mengikut spesifikasi pesanan, seterusnya juga servis pembungkusan, pengujian, storan dan pengedaran.

Dengan fasiliti pengadunan yang strategik di Lembah Klang, NCVSB mampu memenuhi keperluan klien di seluruh negara dan serantaunya. Ditambah dengan pengalaman dan jaringan rangkaian yang luas, NCVSB berkeupayaan untuk menjadi rakan kongsi kepada klien berpotensi bagi menjalinkan kerjasama jangka masa panjang dan mampan.